Bodohkah Mereka Yang Ditipu Oleh Skim Cepat Kaya
Mangsa skim cepat kaya bukan bodoh. Ini mekanisme yang membuatkan orang waras pun terpedaya.
Bodohkah Mereka Yang Ditipu Oleh Skim Cepat Kaya?
Ada teori yang menjelaskan kenapa orang yang terjebak dengan skim cepat kaya tidak percaya kepada cakap-cakap orang. Teori ini dijelaskan dalam buku Psychology of money dalam bab 1 lagi.
Semua orang buat kerja gila, tetapi tidak ada orang yang gila. Mereka yang percaya kepada skim cepat kaya, bagi mereka itulah realiti dan kebenaran yang mereka percaya.
Tidak ada sejarah yang membuktikan bahawa skim seperti ini wujud. Jadi orang akan cakap “oh yang ini berbeza, yang ini tidak sama dengan skim sebelum ini.” Orang yang memberi tahu bahawa skim ini adalah scam adalah mereka yang terjebak dengan skim emas sebelum ini.
Samalah seperti skim sebelum 2013 juga. Skim pak mana telo, tidak ada skim seperti itu wujud. Jadi mereka rasa tidak relevan penjelasan orang yang sudah ditipu oleh skim sebelum mereka. Jadi putaran ini terus berjalan.
Semua orang akan buat kerja gila, tapi tiada orang yang gila.
Itulah yang diterangkan oleh Morgan Housel. Sebab itu skim seperti ini boleh terus hidup di Malaysia. Secara teorinya, orang yang sudah merasai keperitan ditipu akan lebih berjaga-jaga. Namun ada orang yang memang suka kepada risiko. Jadi mereka masuk awal dan jadi orang yang membawa skim ini kepada orang lain.
Mereka tahu ‘money game’ tidak bertahan lama, jadi apabila sudah sampai tahap yang mereka sasarkan mereka berhenti. Ini adalah golongan ‘risk taker’. Mereka tahu skim ini bertahan 3 hingga 6 bulan. Selepas itu akan malap. Mereka akan bawa golongan yang ‘lapar’ dan mudah percaya kepada skim seperti ini.
Ada kalanya skim itu malap awal. Itulah risiko yang mereka sanggup terima. Jadi untuk mereka yang ditipu oleh skim sebelum ini, ditipu oleh skim yang terkini dan bakal ditipu oleh skim akan datang mereka ini bukanlah orang yang bodoh dan gila. Untuk mereka, itulah realiti dan kebenaran.
Sebab itulah mereka ini tidak bodoh. Mereka cuma tidak sanggup melalui jalan susah untuk berjaya.
Namun untuk orang yang suka main ‘money game’ ini pula teori yang menjelaskan tingkah laku mereka. Dalam buku yang sama, Morgan Housel terangkan bahawa “bilnya akan sampai. Dan apabila bilnya sudah sampai adakah anda mampu membayarnya?”Dalam bab ‘Nothing is Free’, semua yang dibuat akan ada bil yang perlu dibayar. Cuma bila dan berapa, itu tidak diketahui.
Jawapan kepada bagaimana mahu berhenti dan kalis skim cepat kaya ialah dalam dunia ini, ‘unicorn income’ tidak wujud. Samalah seperti bermain mesin ‘jackpot’. Berapa orang sahaja yang bertuah? Selainnya hanya ‘penyumbang mesin’.
Hubungi saya →