Bisnes UNTUNG namun DUIT TAK NAMPAK
Mana pergi untung aku? Bukankah untung patut pegang duit? Untuk jawab soalan ini kita perlu bedah statement balance sheet atau kunci kira-kira. Baru boleh faham ke mana untung dalam bisnes itu dibelanjakan?
Pertama kita faham dahulu formula akaun ini
Formula untuk mudah faham begini:
Aset - Liabiliti = Ekuiti
Keuntungan bisnes akan terletak dalam ekuiti iaitu dipecahkan kepada dua bahagian yang pertama untung tahun semasa yang kedua ialah bahagian keuntungan atau kerugian terkumpul.
Dalam ekuiti juga ada bahagian modal. Modal tidak akan turun atau naik selama modal itu masih lagi dalam perniagaan atau syarikat.
Sekarang kita pergi pula bahagian aset.
Aset dibahagikan kepada dua juga iaitu aset tetap dan aset semasa.
Aset tetap ini seperti mesin, kedai, peralatan, komputer, perisian dan perabot. Contohnya masa mula berniaga duit modal itu kita perlu beli aset tetap. Ini kerana kita tidak boleh berniaga kalau tidak ada barang-barang tersebut.
Aset semasa pula ialah seperti duit tunai, duit dalam bank dan stok.
Katakan modal ialah RM10,000.
Aset tetap:
Komputer - RM2000
Perabot dan kelengkapan - RM3000
Peralatan - RM500
Aset semasa:
Duit tunai dalam tangan - RM 500
Duit tunai dalam bank - RM2500
Stok - RM2000
Secara keseluruhan akan jadi begini apabila kita mulakan perniagaan.
RM10,000 (aset) - RM 0 (liabiliti) = RM10,000 (modal)
Kemudian berlakunya transaksi jual dan beli. Kita jual barang dan kita ada kos jualan dan kos bisnes.
Katakan kita jual RM1,000 minggu pertama.
Kos jualan minggu pertama itu ialah RM500.
Jadi untung kasar kita ialah RM500.
Kemudian kita tolak kos-kos seperti sewa tapak, upah pekerja seminggu dan kos untuk marketing. Jumlah kos ini ialah RM400.
Untung bersih jadi RM100.
Dalam formula di atas akan jadi begini:
Rm5500 (aset tetap) + RM 1100 (RM1000 jualan - RM400 kos bisnes) + RM2500 + RM1500 (stok berubah sebab kita dah jual) - Liabiliti (tidak ada liabiliti) = RM10,100 (Modal + untung semasa)
Mana untung bisnes itu?
Dalam bentuk tunai yang bertambah.
Namun oleh kerana bisnes sentiasa bergerak, kita buat keputusan perlu tambah stok. Jadi kita keluarkan duit tunai dalam tangan untuk beli stok pula. Contohnya kita keluarkan RM700.
Hasilnya duit tunai berkurangan dan stok bertambah.
Rm5500 (aset tetap) + RM 400 (RM1000 jualan - RM400 kos bisnes - RM700 beli stok) + RM2500 + RM2200 (stok berubah sebab kita dah beli semula stock) - Liabiliti (tidak ada liabiliti) = RM10,100 (Modal + untung semasa)
Soalannya mana untung bisnes itu pergi?
Jawapannya sudah jadi stok.
Itu kalau semua jualannya tunai. Situasi berubah apabila ada transaksi jualan secara kredit atau hutang.
Dalam aset semasa ada satu lagi item iaitu hutang pelanggan. Jualan sudah berlaku tetapi duit belum terima.
Situasinya akan jadi hampir sama seperti di atas:
Rm5500 (aset tetap) + RM1000 (Jualan kredit) + RM 100 (Tolak RM400 kos bisnes bayar tunai) + RM2500 + RM1500 (stok berubah sebab kita dah jual) - Liabiliti (tidak ada liabiliti) = RM10,100 (Modal + untung semasa)
Bagaimana pula jika kos bisnes itu belum dibayar tetapi dikira sebagai hutang?
Keuntungan akan tetap sama dan tidak berubah.
Rm5500 (aset tetap) + RM 1500 (Tunai dalam tangan dan duit jualan) + RM2500 + RM1500 (stok berubah sebab kita dah jual walaupun secara hutang) - Hutang RM400 (Kos bisnes yang belum dibayar) = RM10,100 (Modal + untung semasa)
Perasan tak apa yang berubah dalam setiap keputusan yang dibuat?
Jumlah tunai.
Sebab itulah mana-mana keputusan yang dibuat akan memberi pengaruh kepada jumlah tunai. Apabila jual secara tunai, tunai bertambah dan stok mulai cair.
Apabila stok ditambah, jumlah tunai berkurang.
Apabila jualan dibuat secara hutang, jumlah tunai tidak bertambah walaupun jualan berlaku.
Apabila kos itu wujud tetapi belum dibayar, jumlah tunai kekal tinggi.
Setiap keputusan yang dibuat memberi kesan kepada jumlah tunai.
Jadi bila kita ada soalan, bisnes untung tapi duit tak nampak. Bolehlah kita tengok penyata kunci kira-kira.
Hubungi saya →