Mindset & Strategi · Januari 2024 ← Arkib

Bisnes Lain Sedang Jatuh Tidak Semestinya Bisnes Lain Akan Naik

Bisnes pesaing jatuh tidak bermakna pelanggannya akan datang kepada tuan puan. Ini sebabnya.

Dalam buku Simon Sinek, beliau sebut tentang kemenangan dan kekalahan dalam "Infinite game".

Hanya kerana apabila pesaing kepada bisnes itu sedang rugi, tidak semestinya bisnes dalam keadaan untung. Sama juga situasinya hanya kerana bisnes untung, pesaing tidak semestinya rugi.

Dalam bisnes tidak wujud perkataan "menang". Tidak ada sesiapa yang boleh nobatkan bisnesnya itu nombor satu. Sekiranya bisnes pesaing itu untung, itu tidak bermakna dia menang. Tidak ada sesiapa yang boleh kata dia itulah nombor satu.

Begitu juga kekalahan.

Apabila bisnes kalah dengan pesaing, kekalahan itu diukur dari segi apa? Apabila pesanan pesaing naik 10 kali ganda, jadi adakah menyebabkan pesanan bisnes turun 10 kali ganda juga?

Kesan kewangan kepada bisnes itu tidak semestinya berlawan kepada bisnes pesaing. Masing-masing mempunyai nasib masing-masing. Bisnes A sedang ada masalah aliran tunai. Bisnes B ialah pesaing terus, tidak bermakna bisnes B tidak ada masalah aliran tunai.

Apa sahaja yang berlaku kepada bisnes tidak semestinya memberi kesan kepada bisnes pesaing.

Hubungi saya