Mindset & Strategi · Januari 2024 ← Arkib

Bisnes Jadi Semakin Untung Apabila Jam Kerja Jadi Kurang

Jam kerja yang berkurang boleh menaikkan untung — bila sistem dan keputusan menggantikan kesibukan.

Bisnes Jadi Semakin Untung Apabila Jam Kerja Jadi Kurang

Pada zaman sekarang, bisnes mesti mula adaptasi budaya “less is more”. Apakah budaya “less is more” itu? Budaya itu bermaksud pekerja akan bekerja dalam tempoh yang lebih singkat untuk prestasi yang lebih tinggi.

Zaman dahulu, “output” bergantung kepada masa. Semakin banyak “available time” semakin tinggi output. Itu dulu sebelum perkembangan teknologi. Sekarang dengan perkembangan teknologi, masa yang semakin kurang akan mendorong kepada produktiviti yang tinggi dan keuntungan lebih besar.

Dalam satu kajian di US, kajian itu mendapati pekerja yang bekerja dari rumah akan bekerja 40% lebih masa berbanding sebelum ini. Sebenarnya 40% masa itu ialah masa yang digunakan untuk ulang alik ke tempat kerja dan pelbagai urusan perjalanan. Kini, 40% masa itu jadi “available time”. Masa itu akan digunakan untuk kerja sahaja.

Jika majikan ambil kira faktor “available time” ini, maka untuk dapatkan produktiviti yang sama walaupun tanpa bekerja dari rumah majikan boleh potong jam kerja. Buktinya pada tahun 2022 jam kerja untuk Malaysia ialah 48 jam. Pada tahun 2023 jam kerja ialah 45 jam. Hasilnya, ada bisnes yang untung dan ada bisnes yang semakin untung.

Apakah yang mendorong kepada hasil itu?

Ada 3 sebab iaitu:

1. Pekerja Semakin Gembira Dengan Suasana Kerja

3 Jam yang dipotong setiap minggu itu kita boleh digunakan untuk diri sendiri dan keluarga. Sebulan, ada 12 jam “available time” untuk tujuan ini. Pekerja yang gembira merasakan bahawa diri mereka penting. Jadi mereka rasa majikan peduli dengan emosi pekerja. Ada banyak kajian menunjukkan pekerja yang gembira dengan tempat kerjanya, melakukan kerja-kerja yang lebih berkualiti. Itu akan menguntungkan majikan sendiri.

1. Pekerja Yang Bekerja Dalam Tempoh Singkat Lebih Produktif

Produktiviti sudah terbukti akan meningkat apabila pekerja bekerja dalam tempoh yang lebih singkat. Kajian mendapati pekerja lebih menjalankan kerja yang bagus dan berkualiti apabila masa digunakan secara produktif. Oleh kerana masa yang ada sudah kurang mereka terpaksa benar-benar fokus kepada kerja.

Kalau dulu ada masa main telefon 30 minit hingga 1 jam. Sekarang masa itu sudah tidak “available time”. Ini berkait rapat juga dengan kajian “attention span” manusia yang semakin singkat. Apabila attention span singkat, masa yang ada itu cukup untuk buat kerja. Dulu, orang boleh fokus lama dalam kerjanya. Sekarang tidak lagi.

1. Keuntungan Lebih Besar Apabila Kos Dapat Dijimatkan

Keuntungan boleh meningkat kerana ada kos yang boleh dijimatkan. Contohnya ada 3 kos yang boleh dikurangkan iaitu kos utiliti, kos overtime dan kos perubatan. Kos utiliti seperti elektrik akan berkurangan kerana sudah kurang masa di tempat kerja.

Apabila jam kerja kurang dan kerja sudah boleh siap tepat masa, overtime tidak lagi diperlukan. Tidak ada lagi istilah melengahkan masa. Pekerja sekarang sudah ada masa untuk diri sendiri sama ada digunakan untuk bersama keluarga dan beriadah. Ini menjadikan kos perubatan berkurangan.

Jadi untuk bisnes SME, boleh mula potong jam kerja sedikit demi sedikit. Kalau sebelum ini 48 jam boleh kurangkan ke 45 jam. Tidak mustahil boleh potong hingga 40 jam seminggu.

Hubungi saya