Mindset & Strategi · Januari 2024 ← Arkib

Bisnes dahulu baru sedekah bukan bisnes sambil bersedekah

Bisnes yang belum stabil perlu diuruskan dahulu; sedekah bukan pengganti kepada pengurusan kewangan yang betul.

Bisnes dahulu baru sedekah bukan bisnes sambil bersedekah

Orang bisnes mesti buat bisnes untuk dapatkan untung supaya untung itu boleh diagih-agihkan kelak. Apabila untung, bisnes boleh buat 3 perkara seperti berikut:

1. Boleh sedekah

2. Boleh bayar zakat

3. Boleh kekal buat bisnes

Sebagai contoh, Makcik Kiah buat bisnes jual kuih. Makcik kiah untung setiap bulan RM3000. Makcik kiah juga ambil gaji RM1500 setiap bulan jadi makcik kiah bayarlah zakat untuk gajinya itu 2.5% bersamaan RM 37.50 setiap bulan.

Makcik kiah ada untung jadi dia sedekah RM100 kepada madrasah setiap bulan. Madrasah itu berdaftar dengan MOF dan LHDN jadi sedekahnya itu boleh diambil kira sebagai belanja.

Cukup tahun makcik Kiah pun ada untung RM25,000. Selepas dikira cukainya makcik kiah ada pendapatan yang kena cukai bernilai RM500. Sebab makcik kiah sudah bayar zakat untuk gajinya berjumlah RM450 makcik kiah tinggal bayar RM50 sahaja lagi kepada LHDN.

Makcik kiah boleh buat bisnes macam biasa. Bisnes untung dan semua orang dapat manfaat. Objektif makcik Kiah jelas iaitu mahu buat untung. Dia nak buat untung supaya dia boleh sedekah dan bayar zakat serta beri manfaat kepada orang sekeliling.

Berbeza orang yang tunggang sedekah atas sebab menjual.

Hubungi saya