Mindset & Strategi · Januari 2024 ← Arkib

Berhenti Tetapkan Bisnes Dalam Mode “Auto-Pilot”

Bisnes yang dibiarkan berjalan sendiri tidak stabil; ia hanya belum menunjukkan masalahnya.

Dalam bisnes, ramai pemilik bisnes menetapkan diri mereka dalam mode “auto-pilot”. Apakah yang dimaksudkan dengan mode auto pilot? Mode auto-pilot bermaksud orang bisnes itu membiarkan takdir menentukan hala tuju bisnesnya.

Kalau hari itu ada sales, baguslah.

Kalau hari itu tidak ada sales, tak apalah.

Kalau hari itu pekerja buat baik, baguslah.

Kalau hari itu banyak aduan tentang pekerja, marah sahaja pekerja.

Mode auto-pilot ini banyak berlaku kepada orang bisnes yang berada dikrisis “stuck” dalam bisnes. Mereka tidak tahu perlu buat apa. Asalkan sahaja bisnes ada sales, boleh teruskan. Kalau ada masalah sales, hadap sahaja dulu dan berharap agar situasi akan membaik.

Ini adalah 3 cara untuk mula berhenti Auto-Pilot bisnes:

1. Pemilik Bisnes Mesti Mula Ambil Tahu Penyata Kewangan Bisnes

Semak semua perkara dalam penyata kewangan. Contohnya, semak penyata penyata untung rugi bisnes. Jualan banyak untuk produk yang mana? Produk mana yang tinggi kos pengeluaran? Berapa kos gaji pekerja sekarang?

Tengok bahagian aset semasa dalam penyata balance sheet. Adakah jumlah besar dalam aset semasa itu datang dari trade debtors atau orang yang berhutang dengan bisnes. Ini perkara yang mesti mula diambil tahu.

1. Pemilik Bisnes Mesti Tetapkan SOP Kerja

Apabila bisnes dalam mode Auto-Pilot, apa yang nak jadi maka jadilah. Jadi staff yang jalankan kerja sudah tidak ambil peduli tentang SOP kerja. Kalau mahu cuti, cuti sahaja. Kalau mahu beli barang, beli sahaja. Pukul berapa mahu buka kedai, suka hati sahajalah.

Jadi untuk berhenti mode Auto-Pilot, berhenti buat seperti itu. Mesti tetapkan SOP untuk semua kerja dan perkara yang mahu dibuat. Sebagai pemilik bisnes mula tetapkan cara kerjanya. Semua SOP itu mesti lengkap dari langkah 1 hingga langkah terakhir.

1. Pemilik Bisnes Mesti Rancang Outcome Yang Dimahukan

Dalam bisnes, mesti ditentukan outcome yang dimahukan. Contohnya mahu jualan 1000 unit. Daripada outcome yang dirancang, boleh rancang bagaimana mahu dapatkan outcome itu.

Mode Auto-Pilot menyebabkan pemilik bisnes berserah sahaja. Tidak ada rancangan, tidak ada outcome. Apa hasil daripada outcome yang dirancang itu bukan urusan pemilik bisnes. Jika hasilnya tidak seperti dirancang ubah rancangannya.

Hubungi saya