Benarkah 31 Disember Adalah Garis Penamat
31 Disember bukan garis penamat. Ini cara melihat penutup tahun dari sudut kewangan.
Benarkah 31 Disember Adalah Garis Penamat?
Merujuk kepada buku Simon Sinek bertajuk Infinite Game, beliau tidak bersetuju kepada cara pengurusan yang meletakkan “date line”. Beliau mengulas bahawa jika sekiranya 31 Disember atau penghujung 12 bulan tempoh kewangan, adakah bisnes itu di set semula pada 1 Januari atau pada hari pertama bulan pertama? Jawapannya tidak.
Dalam mindset Infinite Game, secara asasnya tidak ada tempoh, tidak ada ‘rules’ dan tidak ada minima dan maksima jumlah pemain serta paling penting tidak ada siapa yang menang dan tidak ada siapa yang kalah.
“Tidak ada siapa yang boleh kata dia yang terbaik, dialah nombor satu, produknya yang paling bagus atau dialah usahawan terbaik.” - Simon Sinek.
Sebagai perbandingan, dalam “finite game” seperti larian 100m ada pemenang dan bila ada pemenang tentulah ada yang kalah. Larian 100m itu walaupun tidak ada tempoh, larian itu ada ‘rules’. Seperti juga bola sepak, dimainkan dalam tempoh 90 minit (mungkin ada masa tambahan). Dalam bola sepak ada yang menang ada yang kalah bahkan ada yang seri.
Dalam bisnes, tidak ada pemenang.
Dalam bisnes, tidak ada tempoh.
Dalam bisnes, tidak ada rules how to play (ada undang-undang tapi bukan cara untuk bermain).
Apabila orang bisnes faham bahawa, tidak ada yang istimewa dengan “tahun baru” mereka akan faham bahawa mereka akan terus bermain dan jika ambil pandangan Morgan Housel, orang bisnes cuma perlu bermain selama mana yang mereka boleh.
Oleh itu, janganlah kecewa sekiranya:
1. Tidak capai sasaran
2. Belum mampu ambil gaji besar
3. Orang lain sudah berjaya
Orang bisnes mesti faham bahawa mereka tidak boleh mengawal hasil atau “outcome”. Orang bisnes cuma boleh mengawal usaha dan proses. Jika hasil belum dapat seperti yang diinginkan, perlu ubah usahanya dan tambah baik prosesnya atau tukar prosesnya.
Kalaulah dilihat pada 1 Januari, adakah sesiapa yang mati akibat tidak capai sasaran?
Tidak ada.
Jadi jangan terlalu tertekan dengan “target”.
12 bulan itu adalah nombor ciptaan.
Tempoh 1 Januari hingga 31 Disember juga adalah nombor ciptaan.
Target itu juga adalah nombor ciptaan.
Tiada yang mati jika tidak capai sasaran.
Jalan terus.
Hubungi saya →