Bahaya Teruja Projek Besar
Projek besar pertama selalu menggoda. Ia juga paling sering menghabiskan tunai sebelum bayaran masuk.
Siapalah yang tidak teruja dengan projek besar? Semua orang teruja. Lagi-lagi untuk bisnes yang bisnes kecil memang sangat teruja. Jangan kata dapat projek itu, orang besar atau bisnes besar itu sudah tunjukkan minat, perasaannya itu tidak boleh digambarkan.
Ini 3 perkara yang penting yang perlu dibuat sebelum dapat projek besar:
1. Mesti Buat Sebut Harga Yang Lengkap
Dalam sebut harga senaraikan semua kerja, barang, harga dan kuantiti. Setiap perkara semua disenaraikan. Kemudian minta maklumat seperti nama syarikat atau bisnes, alamat, email dan nombor telefon.
Nyatakan juga tempoh sah quotation itu. Nanti dia gunakan quotation itu untuk tahun 2025, dia kata itu harga yang kita tawarkan. Paling penting jika dia terima tawaran itu, minta dia tandatangan quotation itu.
2. Pastikan Terima Purchase Order atau Surat Perintah Kerja
Ini untuk mereka yang berurusan dengan bisnes atau syarikat besar dan juga agensi kerajaan. Tolong jangan buat kerja percuma untuk mereka. Yang jerung-jerung ini panjang sangat akal mereka apabila diminta bayaran.
Minta mereka senaraikan apa yang mereka mahu dibeli atau laksanakan kerja? Bila kerja atau barang itu mereka mahu dihantar?
3. Tetapkan Tempoh Kredit Yang Dipersetujui
Ini perkara paling mustahak. Projek besar kadang kala memerlukan tempoh untuk buat bayaran. Bukan kerana mereka tidak ada duit tetapi ada perkara yang memerlukan mereka melalui prosedur.
Jadi sebelum mulakan kerja nyatakan apakah syarat yang ditetapkan seperti berapa deposit yang kita perlukan? Minta sekurang-kurangnya duit yang cukup untuk modal kerja itu. Seandainya projek itu tidak dibayar, tidaklah melopong.
Hubungi saya →