Bagaimana Sebuah Kedai Makan Yang Mempunyai Jualan Jutaan Ringgit Boleh Lingkup? Artikel Ini Merungkai Persoalan Ini
Bisnes Kedai Makan Yang Jual Juta-Juta, Tapi Rugi Ratus Ribu - Macam mana kedai makan boleh lingkup Ramai pemilik kedai makan rasa bisnes mereka dalam keadaan baik apabila kedai sentiasa penuh. Ada yang bangga bila sebut jualan dah cecah juta-juta. Namun ‼️ Apabila tengok akaun, rupanya duit masuk banyak, POS sistem tunjuk sales beribu sehari rupanya rugi.
Itulah yang berlaku kepada banyak kedai makan sebenarnya. Bayangkan kita sangka kita ok, kita sangka kita untung rupanya itu ‘firasat’ sahaja.
Realitinya, ramai yang takut mahu telan kebenaran ini.
Nak tahu puncanya?
Food Cost.
1. Food Cost ialah Pembunuh Senyap Kedai Makan
Bayangkan, kos bahan mentah (COGS) mereka 94% daripada jualan. Kalau industri F&B yang sihat, angka ini cuma 25%–35%.
Apabila food cost terlalu tinggi:
1. Setiap pinggan yang keluar untungnya terlalu nipis.
2. Jualan banyak tapi tidak cukup untuk bayar gaji, sewa, dan bil utiliti.
3. Bisnes akan terus penat dan lama-lama mati perlahan-lahan.
Apa Yang Pemilik Kedai Makan Wajib Buat Apabila Food Cost tinggi
Kalau Tuan Puan mahu bisnes bertahan, 3 perkara ini mesti dibuat:
1. Audit Menu
• Kira kos bahan untuk setiap menu.
• Pastikan margin kasar sekurang-kurangnya 60%.
• Naikkan harga atau ubah resepi jika perlu.
2. Potong Pembaziran
• Latih staf ikut SOP portion.
• Simpan stok dengan betul untuk elak rosak atau hilang.
• Semak portion, tengok sama ada portion itu terlalu banyak.
3. Pantau Supplier
• Semak harga pembekal setiap 3–6 bulan.
• Berunding untuk dapat harga lebih rendah atau kualiti lebih baik pada harga sama.
Ini 3 Risiko Kalau Abaikan Food Cost
• Untung makin mengecil walaupun jualan naik.
• Cash flow sentiasa ketat, sampai tak cukup nak bayar komitmen.
• Bisnes tak boleh tahan lama, terpaksa tutup walaupun pelanggan ramai.
Ini Ialah Keuntung Apabila Berjaya Kawal Food Cost
• Margin kasar sihat jadi bisnes ada duit lebih untuk bayar gaji, sewa, marketing.
• Modal kerja stabil jadi bisnes tak perlu pinjam untuk pusing modal.
• Boleh kembangkan lebih banyak cawangan kerana ada sistem yang membuatkan untung lebih konsisten.
Akaun Ialah Cermin Sebenar Prestasi Dan Kesihatan Bisnes
Tuan puan semua, tanpa akaun Tuan Puan hanya boleh berteka-teka tentang prestasi bisnes. Jadi, apabila buat akaun:
• Tahu kos sebenar setiap menu.
• Boleh kesan kebocoran sebelum terlambat.
• Buat keputusan berdasarkan fakta, bukan rasa.
Kesimpulannya ialah kalau hari ini Tuan Puan masih berniaga tanpa akaun, itu ibarat memandu kereta dengan mata tertutup.
Mulakan rekod akaun yang teratur sekarang. Semak food cost, kira margin, dan buat pelarasan harga atau kos. Lagi cepat Tuan Puan mula, lagi cepat bisnes kembali sihat.
Hubungi saya →