Mindset & Strategi · Januari 2024 ← Arkib

Bagaimana Kejayaan Kewangan Lampau Menghalang Untuk Mencapai Lebih Banyak Kejayaan

Kejayaan kewangan lampau boleh menjadi sempadan yang menghalang pertumbuhan seterusnya.

Situasi terperangkap dengan kejayaan lampau boleh berlaku kepada orang bisnes. Ini mengakibatkan mereka gagal untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa yang akan datang.

Marshall Goldsmith ada menyebut perkara ini dalam buku “what got you here, won’t get you there.” Manusia sering melebih-lebih dan terlalu berbangga dengan kejayaan lampau.

Berikut adalah contoh-contoh kejayaan yang mereka pernah capai:

1. Dapat capai 100 orang pelanggan pertama

2. Dapat jualan 1 juta ringgit pertama

3. Dapat jual 1000 unit produk

Apabila mereka mencapai kejayaan seperti ini, ramai yang bukan sahaja tidak dapat capai kejayaan yang lebih seperti dapat lagi 200 orang pelanggan. Bahkan untuk dapat jumlah pelanggan yang sama juga gagal.

Ini kerana mereka terjerat dan terperangkap dengan apa yang dipanggil kejayaan lampau. Mereka sering cakap dan mengulang-ulang kejayaan lampau itu dalam percakapan mereka kepada orang sekeliling mereka.

Berikut adalah sebab mengapa mereka tidak mampu mencapai lebih banyak kejayaan:

1. Cara Yang Sama Tidak Lagi Berkesan Untuk Dapatkan Pelanggan

Apabila cara yang sama digunakan untuk mencapai perkara yang lebih lagi daripada yang pernah dicapai, itu adalah perkara yang sia-sia. Contohnya macam ini, jika proses dan cara yang digunakan sama seperti sebelum ini mereka akan dapat 100 orang pelanggan. Jika digunakan cara yang sama juga, untuk mengulangi 100 orang pelanggan itu juga payah. Tidak mungkin cara itu boleh dapat 200 orang pelanggan pula.

1. Inovasi Yang Mengubah Cara Orang Bekerja

Dahulu untuk dapatkan 100 orang pelanggan itu, mereka berharap kepada ‘word mouth to mouth’. Maknanya dari satu pelanggan ke satu pelanggan yang lain. Sekarang, kaedah ini tetap sama sahaja cuma berlaku di dunia yang berbeza. Contohnya dahulu ini berlaku sesama jiran tetangga, sekarang orang sudah tidak bercakap sesama jiran.

Cakap-cakap itu berlaku di alam internet. Jika bisnes itu masih berharap dengan kaedah yang sama dan masih terpaut pada nostalgia maka bukan sahaja tidak mampu mengulangi kejayaan yang sama bahkan memang tidak akan dapat lebih kejayaan.

1. Keyakinan Palsu Terhadap Kaedah Lama

Kaedah untuk mahu dapatkan 1 juta dahulu tidak sama dengan kaedah yang ada pada zaman sekarang. Ambil contoh menjual di Facebook Live. Pada tahun 2020 semasa era covid, inilah cara menjual yang paling bagus sekali.

Pada tahun 2023, Tiktok dengan kaedah beg kuningnya telah menakluki pasaran. Jika masih berpegang teguh kepada kaedah lama, memang tidak boleh buat jualan. Ini menyebabkan mereka terperangkap.

Oleh sebab itu, jangan sesekali terperangkap dengan kejayaan lampau. Bolehlah mengenang kejayaan itu, tetapi jangan sampai ada keyakinan palsu bahawa cara itu masih boleh buat duit.

Apa yang boleh buat duit setahun lalu, belum tentu boleh digunakan sekarang.

Hubungi saya