Mindset & Strategi · Ogos 2026 ← Arkib

Apabila Ketua Buat Keputusan Kita Mesti Hormati - Ilmu Anak Buah

Apabila dalam satu pasukan perlu wujudnya keseimbangan dalam perbincangan. Bahaya apabila organisasi hanya jadi pak turut dalam semua keputusan. Namun harus diingat juga bahawa sebuah organisasi apabila keputusan sudah dibuat, maka perlu satu hati dalam melaksanakan.

Apabila Ketua Buat Keputusan Kita Mesti Hormati

Dalam sebuah kumpulan saya sering cuba melihat sisi atau sudut yang orang mungkin terlepas pandang, yanh orang tak nampak. Jadi semasa berbincang saya kemukakan idea dan pandangan.

Dalam kalangan ahli pasukan itu dan juga ketuanya akan mendengar dari sisi saya. Akan ada juga siri bertukar-tukar pendapat (baca: bergaduh) kerana berlainan pendapat.

Kemudian pasukan akan bermesyuarat untuk membuat keputusan. Ingat semasa mesyuarat kita tidak lagi berbincang, kita hanya buat keputusan sahaja dalam mesyuarat.

Ini bahagian penting.

Apabila keputusan sudah dibuat, sebagai anak buah kita hormati keputusan yang dibuat oleh ketua. Kita tidak lagi berdebat dan berbincang selepas keputusan dibuat.

Kita tidak jadi macam pepatah rumah sudah siap pahat masih berbunyi. Kita fokus kepada kerja-kerja mencapai objektif dari keputusan yang sudah dibuat oleh ketua kita.

Dalam perbincangan kumpulan, kita boleh tidak sependapat. Kita boleh berhaluan kiri. Tapi ketua kita mesti tahu yang apa keputusan yang dia buat kita tetap hormati dan turut sama-sama berusaha untuk capai hasil.

Bagaimana kalau apa yang kita suarakan itu menjadi realiti? Hasilnya tidak seperti yang dimahukan. Rasa puas hati bila pendapat dan idea kita betul?

Kita diam dan tutup mulut.

Kita beri semangat kepada ketua kita.

Kita tidak bertepuk dan bersorak kerana pendapat kita betul.

Ketua kita akan menghormati kita sebagai anak buah yang patuh dan hormat kita sebagai anak buah.

Hubungi saya