Modal & Tunai · Ogos 2026 ← Arkib

Aku Nak Duit Aku Balik - Aku Tak Nak Teruskan Partnership Ni!

Sudah tentu perceraian dalam partnership perniagaan tidak boleh dielakkan apabila berlakunya isu yang sukar untuk diselesaikan secara baik. Semasa partnership itu dipersetujui kedua-dua pihak akan keluar modal. Definisi modal itu perlu difahami kerana modal tidak semestinya dalam bentuk tunai. Boleh jadi modal itu dalam bentuk tenaga kepakaran, masa, peralatan atau mesin.

Persoalannya bolehkah satu pihak menuntut modalnya kembali pada nilai asal? Jawapan ringkas tidak boleh.

Apabila sudah masukkan duit dalam bisnes itu, pemilikan bisnes itu hanyalah pada istilah 'partnership fund'. Partnership fund ini naik dan turun mengikut prestasi bisnes.

Bagaimana parnership fund ini naik?

Ada dua situasi. Situasi pertama ialah apabila bisnes untung. Keuntungan terkumpul itu akan meningkatkan nilai ini. Sebagai contoh pada awalnya partnership fund ini bernilai RM50,000 dan apabila bisnes untung nilai ini akan naik contohnya untung RM30,000 maka nilai ini naik jadi RM80,000.

Situasi kedua ialah apabila ada pihak yang menaikkan jumlah modalnya. Namun untuk situasi kedua ini perlunya persetujuan kedua-dua pihak kerana apabila hanya salah seorang yang menambah modalnya maka peratusan partnership akan berubah secara automatik.

Contohnya Ali dan Abu berkongsi RM25,000 seorang. Oleh itu peratusnya ialah 50/50. Apabila hanya Ali sahaja yang menambah modal berlaku perubahan peratusan. Contohnya Ali tambah RM10,000.

Peratus asal ialah 50/50 akan berubah jadi 58/42.

Tetapi Abu juga mempunyai kuasa untuk menolak dan mengekalkan peratus 50/50 jika kedua-dua pihak bersetuju. Ini bermakna peratus kekal 50/50 walaupun Ali seorang yang menambah modal.

Berbalik kepada soalan bolehkah Ali ambil RM35,000? Tidak boleh. Apabila kedua pihak setuju penutup perkongsian ini maka mereka perlu selesaikan perkara seperti penjualan aset tetap, hutang dan tanggungan liabiliti perniagaan.

Boleh jadi apabila perkongsian ini ditutup nilai partnership fund bukan lagi RM25,000 atau RM30,000. Nilainya boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi.

Ini semua bergantung dengan prestasi bisnes tersebut.

Jadi Ali mungkin dapat lebih berbanding modal awalnya bukan seperti modal awal. Boleh jadi juga Ali dapat lebih rendah berbanding modal awalnya jika prestasi bisnes tidak bagus.

Ini adalah situasi jika kedua-duanya bersetuju untuk menutup perkongsian tersebut. Bagaimana pula jika salah seorang ingin meneruskan perniagaan tersebut?

Nanti saya tulis artikel tersebut.

Jangan lupa tekan button share dan follow saya ya untuk artikel-artikel bisnes.

Hubungi saya