Akaun Bank Untuk Orang Bisnes
Akaun bank bisnes bukan sekadar tempat simpan duit. Ia asas kepada rekod dan keputusan kewangan.
Akaun bank adalah perkara penting untuk sebuah bisnes. Akaun bank ialah tempat orang bisnes menyimpan, menerima dan mengeluarkan duit bisnes mereka. Apabila mahu buka akaun bank untuk bisnes, pastikan buka akaun bank semasa untuk bisnes. Akaun bank semasa ialah fasiliti yang disediakan untuk tujuan perniagaan.
Nama yang digunakan untuk akaun bank itu juga mestilah nama yang sama didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau nama yang didaftarkan di pejabat daerah, majlis perbandaran atau dewan bandaraya untuk Sabah dan Sarawak.
Jika nama bisnes itu ‘ABC ENTERPRISE’ maka nama di akaun bank itu juga mestilah nama ‘ABC ENTERPRISE’. Akaun bank yang menggunakan nama lain, atau menggunakan akaun simpanan akan dikira sebagai transaksi tunai.
Ini adalah 3 kelebihan menggunakan akaun semasa untuk bisnes:
1. Akaun Bank Semasa Diiktiraf Sebagai Transaksi Bisnes
Apabila hendak buat apa sahaja transaksi yang menggunakan bank, mestilah bank itu ialah bank semasa atas nama bisnes itu. Jika menggunakan akaun lain atau gunakan akaun simpanan transaksi itu dikira sebagai transaksi tunai. Ini bermaksud dalam rekod perakauanan, rekod bank tidak wujud.
1. Memudahkan Proses Menerima Bayaran dan Mengeluarkan Pembayaran
Banyak kes berlaku apabila pelanggan kurang percaya dengan bisnes itu apabila diminta untuk memasukkan duit ke akaun peribadi atau ke akaun bank lain. Contohnya, invoice atas nama ‘ABC ENTERPRISE’ tetapi disuruh untuk masukkan duit ke akaun atas nama ‘ABU BIN ALI’ atau ‘XYZ TRADING’. Pelanggan jadi risau adakah dia berurusan dengan orang yang betul.
1. Boleh Dijadikan Bukti Bahawa Menjalankan Bisnes Apabila Ada Akaun Semasa
Seperti yang diterangkan pada nota nombor 1 di atas, hanya akaun semasa sahaja diiktiraf sebagai transaksi bisnes. Begitu juga dengan bank. Bank tidak terima jika orang bisnes itu kata bahawa dia buat bisnes atas nama “ABC ENTERPRISE” tapi akaun bank yang diberikan ialah atas nama bisnes lain seperti “XYZ TRADING” dan akaun simpanan atas nama pemilik.
Hubungi saya →