Modal & Tunai · Januari 2024 ← Arkib

6 Langkah Mengira Stok

Enam langkah praktikal untuk mengira stok dengan betul, tanpa kaedah agak-agak.

Untuk mengira stok, bisnes itu perlu peruntukan sekurang-kurangnya 1 hari untuk buat proses mengira stok. Proses mengira stok ini akan mengambil masa yang lebih lama jika mempunyai nilai stok yang banyak.

Walaupun kerja ini sangat leceh, tetapi ini adalah kerja yang wajib dilakukan. Untuk mengira stok ada dua jenis kiraan. Jenis kiraan “sampling” ini dilakukan mengikut kekerapan yang dirasakan wajar seperti setiap tiga bulan. Kiraan ini hanya mengambil 20% jenis stok sahaja.

Kiraan kedua ini dipanggil kiraan menyeluruh. Bermaksud harus dikira satu per satu untuk semua jenis. Oleh sebab itu masa yang diambil lebih panjang berbanding kiraan “sampling”.

Bagaimana cara untuk merekod dan mengira stok pada hujung tahun?

Ini adalah langkah-langkahnya:

1. Print senarai stok yang ada dalam sistem.

2. Ambil stock card barang.

3. Buat kiraan “cross checking” antara sistem dengan stock card.

4. Ambil stock card dan semak kiraan fizikal.

5. Jika ada tarikh luput, asingkan produk atau barang yang akan luput 6 bulan lagi.

6. Buat laporan tentang pengiraan stok iaitu:

1. Perbezaan stok dalam sistem dan stock card.

2. Perbezaan stok dari stock card dan fizikal.

3. Jumlah stok yang akan luput dalam enam bulan.

Hubungi saya