5 Langkah Wajib Ambil Sebelum Ambil Pekerja Untuk Bisnes Kecil
Sebelum staf pertama masuk, ada lima perkara yang wajib disiapkan — kos, rekod, dan tanggungjawab majikan.
Untuk bisnes kecil, kos ini perlu diteliti dengan betul. Bagi bisnes mikro dan kecil, mereka melakukan kesilapan dengan mengambil pekerja kerana mereka sibuk. Hakikatnya boleh jadi sebaliknya.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum mengambil pekerja.
1. Tetapkan kapasiti maksima
Contohnya bisnes air balang tepi jalan, kapasiti maksima bermaksud sehari mahu jual paling banyak berapa. Sekiranya 200 gelas dan dijual dengan harga RM3.00 segelas, sehari maksima ialah RM600.
2. Kenal pasti halangan
Sehari bisnes tak perlu jual dari jam 6 pagi sampai 6 petang, kerana itu akan jadi pembaziran masa dan ruang. Jadi tetapkan tempohnya — 4 jam jualan, dari jam 12 hingga 4 petang. Ini masa makan, dan masa panas orang nak minum air balang.
3. Tetapkan tugas pekerja
Masa jualan cuma 4 jam, campur masa persediaan bahan dan tempat jualan 2 jam. Senaraikan semua tugas mereka secara bertulis.
4. Asingkan aktiviti jualan dan marketing
Pastikan diasingkan dua aktiviti ini. Semasa berada di tapak jualan, buat aktiviti jualan. Aktiviti marketing perlu dibuat dalam 3 bahagian: sebelum buka jualan, semasa buka jualan dan selepas buka jualan.
5. Tetapkan bajet aktiviti jualan dan marketing
Apabila aktiviti dan bahagian marketing diasingkan, bermaksud bajetnya juga diasingkan. Bajet gaji pekerja untuk aktiviti jualan, lain. Bajet gaji pekerja untuk aktiviti marketing, lain.
Hubungi saya →