5 langkah nak mulakan bisnes
Lima langkah asas sebelum melancarkan bisnes pertama, disusun ikut keutamaan.
Teruja mulakan bisnes? Baca ini sebelum pergi buat jualan pertama
Ya tuan puan mahu mulakan bisnes.
Tuan puan sudah bersemangat mahu ubah nasib dengan cuba buat bisnes.
Tuan puan sudah mahu pergi kelas-kelas bisnes untuk mula menjual.
Bagus!
Tapi nanti dulu. Kalau tuan puan benar mahu buat bisnes, pastikan baca sampai habis terutama tips yang kedua sebab ramai sangat buat silap di nombor 2 itu.
Nombor 1, pastikan apabila buka bisnes, daftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau orang selalu panggil SSM. Berapa? RM75 sahaja. Saya sertakan link untuk tuan puan buat [pendaftaran sendiri](https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/Registration/Registration.aspx) lebih mudah boleh buat online.
Nombor 2, sudah buka SSM pastikan pergi ke bank untuk buka akaun semasa. Ramai yang buat kesilapan ini mereka tidak buka akaun bank. Ramai juga yang buat akaun bank simpanan kerana ia lebih mudah (dululah mudah sekarang susah juga nak buka). Buka akaun bank pun mesti ada cara. Setiap akaun bank yang dibuka ada tugas masing-masing. Belajar di [sini ](http://www.absurus.com/vipw)tentang akaun bank.
Nombor 3, pastikan ada fail cukai. Pergi daftar fail cukai. Sekarang ini pendaftaran semua secara automatik. Nombor cukai itu dipanggil nombor TIN (Tax identification number).
Nombor 4, simpan dokumen menggunakan fail. Jangan lupa tuan puan buat bisnes maka dokumen menjadi sangat penting. Ramai orang bermasalah cukai berpunca dari dokumen yang bermasalah. Jadi tuan puan mesti bersedia. Simpan dokumen dalam fail dengan betul bukan main sumbat sahaja.
Nombor 5, Daftar lesen perniagaan. Ramai orang bisnes ingat selepas daftar SSM maka urusan lesen sudah selesai. Ada bisnes memerlukan lesen perniagaan terutama mereka yang ada premis atau pejabat. Antara bisnes yang perlukan lesen perniagaan atau operasi ialah bengkel kereta, kedai makan, salon dan juga dobi.
Jadi, tuan puan jangan hanya bersemangat sahaja.
Buat bisnes ikut sistem dari bisnes itu lahir lagi.
Nanti apabila sudah mula berjalan bisnes itu mudah diuruskan.
Hubungi saya →