Cukai · Januari 2024 ← Arkib

4 Pendapatan Orang Bisnes Enterprise Yang Dicukai

Empat sumber pendapatan ini dikira sebagai pendapatan bercukai untuk pemilik bisnes enterprise.

Apabila orang bisnes enterprise menghantar laporan pendapatan ke LHDN, mereka dicukai atas 4 perkara iaitu:

1. Keuntungan Tahun Perniagaan

Setiap tahun bisnes enterprise mesti buat akaun untuk mendapatkan nilai keuntungan untuk tahun perniagaan tersebut. Jika mereka ada 2 bisnes, maka perlu buat dua akaun untuk mendapatkan jumlah keuntungan bisnes itu. Keuntungan bermaksud hasil tolak jualan dan semua kos-kos yang terlibat untuk bisnes itu.

1. Gaji Yang Diambil Untuk Pemilik Atau Pekongsi

Gaji yang diambil oleh pemilik atau pekongsi juga merupakan pendapatan yang perlu laporkan dan dicukai. Dalam akaun perniagaan, gaji yang diambil itu adalah sebahagian kos. Namun, gaji yang diambil itu juga ialah pendapatan untuk pemilik atau pekongsi jadi kos itu perlu dimasukkan semula dalam pengiraan cukai.

1. Ambilan Yang Dibuat Oleh Pemilik Atau Pekongsi

Ada masa pemilik atau pekongsi akan membuat ambilan. Maksud ambilan ialah duit yang diambil keluar dari akaun bisnes digunakan untuk tujuan peribadi. Contoh ambilan ialah seperti bayaran sewa rumah untuk pemilik bisnes, bayaran ansuran kereta atau pengeluaran duit di mesin ATM. Ambilan ini akan dikira sebagai pendapatan pemilik atau pekongsi.

1. Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan Oleh LHDN

Ada juga belanja yang tidak dibenarkan oleh LHDN seperti perbelanjaan petrol. Jika tidak ada bukti perjalanan, hanya sebahagian sahaja kos yang dibenarkan untuk tolak pendapatan bisnes. Selebihnya perlu masuk sebagai pendapatan. Belanja ini akan dikira sebagai pendapatan.

Semua pendapatan bisnes enterprise, perkongsian dan apa sahaja pendapatan seperti sewa rumah, kereta dan pendapatan MLM, itu semua ialah pendapatan peribadi.

Hubungi saya