Modal & Tunai · Januari 2024 ← Arkib

3 Tujuan Pemilik Bisnes Meminjam Duit Bank

Meminjam bukan tanda bisnes lemah — asalkan tujuannya salah satu daripada tiga ini.

Sampai suatu masa pemilik bisnes perlu gunakan duit bank. Meminjam duit bank pada masa dan tujuan itu bukanlah bermaksud bisnes tidak ada duit. Oleh kerana ada duitlah bisnes itu harus memilih untuk pinjam duit bank.

Ini adalah 3 tujuan yang sesuai untuk membuat pinjaman bank:

Meminjam Untuk Pembelian Mesin Dan Peralatan

Tujuan yang pertama ialah untuk pembelian mesin dan peralatan. Duit bisnes jangan digunakan untuk membeli mesin atau peralatan lebih-lebih lagi apabila melibatkan pembelian yang besar. Bank dan institusi kewangan banyak menawarkan pinjaman untuk pembelian mesin dan peralatan. Mesin dan peralatan itu jika dibeli secara tunai, titik pulang modalnya terlalu lama. Jadi lebih baik gunakan sahaja duit bank.

Meminjam Untuk Buat Ubah Suai Tempat

Tujuan kedua ialah untuk membuat ubah suai tempat. Ada bisnes yang memerlukan pengubah suaian tempat kerana bisnes sudah semakin besar dan memerlukan tempat yang lebih besar, suasana yang baru atau kapasiti yang lebih luas. Jadi gunakan duit bank untuk membuat ubah suai. Jika sebelum ini tempat itu boleh memuatkan 10 orang pekerja, perlu buat ubah suai supaya boleh menempatkan lebih ramai pekerja.

Meminjam Untuk Dana Menjalankan Projek

Tujuan ketiga ialah untuk mendapatkan dana bagi menjalankan projek. Majoriti projek akan mempunyai wang tahanan atau wang sekuriti. Sebagai contoh jika mendapat projek dari kerajaan, perlu membayar sebahagian peratus sebagai wang tahanan. Jika wang yang ada dalam akaun bank yang digunakan untuk projek ini wang itu akan ditahan sehingga projek selesai. Jika projek itu menggunakan duit bank maka tidak perlu risau.

Hubungi saya