3 Tanda Pemilik Bisnes Yang Berani Pada Tempat Yang Salah
Berani ambil risiko bagus, tetapi tiga tanda ini menunjukkan risiko diambil di tempat yang salah.
Berikut adalah tanda-tanda seorang pemilik bisnes yang berani pada tempat yang salah:
Mempunyai Kontrak Dengan Kerajaan Tetapi Tidak Pernah Hantar Borang Cukai
Jangan tunggu sehingga pegawai LHDN datang sergah premis atau pejabat. Jika bisnes dengan kerajaan mesti simpan dokumen bagus-bagus. Upah orang simpan dokumen, buat akaun dan apabila cukup masa hantar borang cukai. Sudah tentu tuan puan memang akan dijumpai. Tahukah tuan puan, walaupun sudah melebihi 7 tahun cukai tuan puan boleh dibangkitkan sekiranya cukup bukti. Caranya ialah dengan proses penyeteman untuk setiap kontrak dengan kerajaan, dari situlah mereka dapat segala rekod kerja.
Aktiviti Menunjukkan Kekakayaan Dan Dimuat Naik Ke Media Sosial
Apabila pergi melancong ke luar atau dalam negara, aktiviti itu akan mendapat perhatian warga internet. LHDN boleh mengesan melalui ‘tag’ oleh warga maya. Selain itu, mereka yang sering buat pembelian barang berjenama juga tidak lari dari warga maya. Ini termasuk menunjuk-nunjuk hasil berniaga seperti duit tunai, kereta dan rumah mewah.
Membeli Kereta, Bangunan Atau Tanah Secara Pinjaman Dan
Orang bisnes yang beli kereta mahal-mahal, deposit tinggi dan sebagainya mesti pastikan fail LHDN sentiasa dikemaskini. Ini kerana semua transaksi akan melalui proses penyeteman Hasil bermakna semua transaksi pinjaman akan didaftar di LHDN. Jadi tidak boleh lari.
Hubungi saya →