3 Tanda Bisnes Alami Masalah Cash Flow
Tiga tanda awal bisnes menghadapi masalah aliran tunai, sebelum ia menjadi krisis.
Realiti bisnes zaman sekarang banyak dipengaruhi oleh media sosial. Tekanan sosial yang ada disekeliling membuatkan orang bisnes sering lari dari realiti. Salah satu realiti yang perit dan pahit untuk ditelan ialah masalah cash flow.
“Baguslah Tuan, bisnes sudah ada banyak cawangan.”
“Tengok Puan wawa tu, produknya laku keras.”
Namun dalam hati dan fikiran mereka, menanggung masalah cash flow yang mencekik. Tetapi masalah cash flow ini bukan masalah yang boleh nampak secara depan mata.
Sales bermasalah, boleh nampak orang kurang datang.
Staff bermasalah, boleh tengok selalu gaduh sana sini.
Marketing bermasalah, boleh tengok leads kurang.
Tapi masalah cash flow ini, tak datang dengan terus sakit.
Sakit cash flow datang perlahan-lahan, tahu-tahu sahaja bisnes mati.
Ini ialah tiga tanda bisnes ada masalah cash flow:
1. Mula Rasa Susah Untuk Bayar Pembekal
Sebelum ini mudah dan cepat sahaja bayar pembekal. Pembekal hantar invoice, cukup masa 14 hari tempoh kredit terus boleh bayar. Pembekal senang hati dengan cara pembayaran dan mereka naikkan tempoh dan had kredit.
1. Pemilik Semakin Susah Ambil Gaji Untuk Diri Sendiri
Masa mula buat bisnes, pemilik susah nak ambil gaji. Semasa bisnes semakin maju, boleh ambil gaji besar. Tetapi semakin lama, semakin susah pula nak ambil gaji sendiri. Sales banyak, tapi tetap tak mampu bayar gaji sendiri.
1. Bisnes Semakin Susah Untuk Penuhi Permintaan Kerana Kurang Bekalan
Tengok rekod stok, banyak yang sudah kurang. Apabila ada order dari pelanggan, susah nak penuhi dalam kadar yang cepat. Oleh kerana kurang tenaga pekerja akibatnya kuantiti pengeluaran semakin berkurangan.
Jika bisnes mengalami 3 masalah ini segeralah uruskan semula perbelanjaan bisnes dan juga perbelanjaan peribadi. Tidak boleh dinafikan bahawa perbelanjaan peribadi juga mendorong kepada masalah cash flow bisnes.
Hubungi saya →