Mindset & Strategi · Ogos 2026 ← Arkib

3 Sikap Yang Diam-Diam Membunuh Bisnes Secara Perlahan-lahan

Punca sebenar bisnes gagal bukan kerana tak pandai jual tetapi 3 sikap ini. Pertama, tidak merancang; idea datang tiba-tiba, akhirnya rugi wang dan reputasi. Kedua, enggan berhenti bila gagal kerana dipandu emosi. Kita bukan takut gagal, tetapi takut malu. Ingat, usaha kita sahaja yang gagal, bukan diri kita. Ketiga, tidak menangguhkan kepuasan. Bila berjaya, rasa kebal, duit bisnes dijarah untuk barang mewah akibat tekanan sosial sedangkan duit itu patut dipusingkan semula.

Sepanjang saya berkhidmat saya perasan 3 sikap inilah yang menjadi punca kepada masalah kewangan dalam bisnes dan percayalah bahawa tak pandai buat sales bukan satu daripada 3 sikap ini.

Sikap yang pertama saya boleh katakan yang paling bermasalah ialah tidak pernah buat rancangan. Rancangannya itu datang ketika keluar bilik air.

“Oh saya ada idea, saya nak buat begini.”

“Apa kata kita buat produk baru!”

“Kita buat kempen marketing seperti ini!”

Semuanya secara tiba-tiba.

Tuan puan kena ingat bahawa merancang ialah sebahagian besar dari usaha. Jika kita tidak merancang bimbang nanti kita tidak nampak perkara-perkara yang boleh mengakibatkan kerugian yang besar.

Bukan itu sahaja, boleh jadi kerugian itu tidak berbentuk wang tetapi dari segi reputasi. Akhirnya mengakibatkan maruah dan nama baik tercalar.

Jadi sebelum buat rancang dulu.

Sikap yang nombor 2 pula ialah sikap suka menebus kesilapan dan tidak mahu berhenti seketika.

Sebagai orang bisnes kita harus akui bahawa kadang kala ada perkara yang kita buat itu memang tak jadi, memang tidak mendatangkan hasil.

Pada detik itu apa yang kita mahu adalah untuk membuktikan idea kita boleh berhasil. Tetapi harus diingat bahawa kita perlu berhenti seketika. Kita perlu menilai semula tindakan dan usaha kita.

Kita tidak gagal.

Usaha kita sahaja yang gagal.

Idea kita sahaja yang gagal.

Asingkan antara usaha dan diri kita.

Kita akan terus mencuba.

Tetapi pada saat kita menghadapi kegagalan itu, majoriti akan buat keputusan tidak lagi berpandukan logik tetapi dipandu oleh emosi.

Contohnya begini.

Kita ada idea untuk buat produk baru.

Sudah buat idea itu, sudah cuba jual produknya, sudah buat marketing namun masih tidak berhasil. Jadi apa kita buat? Kita terus juga dengan idea tersebut tanpa berhenti seketika untuk menilai kembali keputusan yang mahu dibuat.

Kita hanya mahu idea itu menjadi.

Kita hanya mahu idea itu mendatangkan hasil.

Kita tak peduli apa kesannya.

Kenapa kita berhenti seketika?

Kita mahu pastikan kita dalam keadaan waras dalam membuat keputusan.

Sudah tentu sahaja kegagalan itu sesuatu yang menyakitkan. Saya tak cakap tak sakit. Tapi apabila siri keputusan kita itu mula dipandu emosi. Akibat dan kesannya sudah tidak dinilai lagi dengan cara yang betul.

Kita dipandu emosi kerana kita berdepan dengan kegagalan.

Bukan kerana kita takut gagal tetapi kita takut malu.

Sikap nombor 3 ini sangat penting untuk dielak.

Sikap nombor 3 ini ialah sikap tidak mahu menangguhkan kepuasan. Majoriti mereka yang gagal akibat dari sikap ini terpaksa menelan pahitnya realiti apabila sudah mulai rasa kesan dari keputusan mereka.

Pada saat itu mereka rasa ‘kebal’ dan ‘halimunan’ dari cabaran kewangan.

Mereka sangka detik itu akan kekal selamanya.

Mereka lupa setiap air laut yang pasang akan ada surut.

Mereka tidak bersedia untuk hari hujan.

Ini tidak lain akibat daripada tekanan sosial.

Ada tekanan sosial yang datang dari rakan ‘circle’, ada juga yang datang dari media sosial dan ada juga yang datang dari keluarga atau pasangan sendiri. Bayangkan segala usaha yang sudah dibuat akhirnya membuahkan hasil.

Segala kata-kata yang dilontarkan dari pasangan hidup tiba-tiba menjadi api dalam sekam.

“Abang ni berniaga dah lama, sampai hari ini nak makan sedap pun susah!”

Apabila hasil dari perniagaan itu berjaya, tuan suami ambil hasilnya untuk puaskan puan isteri agar puan isteri kagum. Beli kenderaan mewah, beli barang kemas dan beli beg tangan berjenama. Tidak cukup dengan itu pergi umrah pula.

Itu semua duit bisnes!

Duit itu semua sepatutnya dipusingkan kembali dalam bisnes. Bukan dijarah untuk hal seperti itu.

Berhati-hati dengan 3 sikap ini.

Elakkan dari melakukan kesilapan yang sama.

Hubungi saya