Modal & Tunai · Januari 2024 ← Arkib

3 Sebab Perlu Kira Stok Pada Hujung Tahun

Kiraan stok hujung tahun bukan formaliti. Tiga sebab ini menjadikannya wajib.

Semasa hujung tahun, aktiviti kira stok hujung tahun mesti dibuat. Berikut adalah 3 sebab kenapa perlu kira stok pada hujung tahun.

1. Bilangan Stok Dalam Sistem Dan Jumlah Sebenar Tidak Sama

Dalam sistem, stok itu boleh jadi bilangannya tidak sama. Sebagai contoh dalam sistem ada 10 unit jenis A, tetapi apabila dikira stok itu secara manual ada 15 unit. Banyak sebab mengapa perkara ini boleh terjadi. Boleh jadi juga dalam sistem ada dua jenis iaitu jenis A dan jenis B. Apabila dibuat kiraan secara fizikal, bilangannya tidak sama. Dalam sistem yang ada hanya jenis A. Apabila dikira secara fizikal, rupanya ada lagi jenis B.

1. Memastikan Bilangan Stok Yang Sudah Hampir Sampai Tarikh Luput

Stok yang sudah hampir dengan tarikh luput boleh menyebabkan bisnes itu mengalami kerugian. Ini kerana apabila stok itu sudah sampai tarikh luput stok itu sudah tidak boleh dijual. Perkara seperti ini mesti dipantau kerana boleh merosakkan reputasi bisnes.

1. Mengetahui Nilai Bilangan Stok Sebenar Untuk Tujuan Akaun

Pada hujung tahun kewangan, nilai stok sebenar secara fizikal perlu dikira untuk mengetahui bilangan sebenar supaya boleh dikira kos jualan. Kos jualan penting untuk memastikan nilai untung sebenar. Jika nilai stok salah, ini akan beri kesan kepada keuntungan dan secara langsung juga akan beri kesan kepada jumlah cukai yang perlu dibayar.

Hubungi saya