Jenama & Marketing · Januari 2024 ← Arkib

3 Sebab Pelaburan Jenama Adalah Pelaburan Fasa Akhir

Pelaburan jenama datang selepas produk, harga dan aliran tunai kukuh — bukan sebelum.

Orang bisnes mesti tahu tentang kepentingan melindungi jenama dan bisnes. Tetapi itu semua difasa terakhir, bukan difasa awal bisnes. Ini adalah 3 sebab mengapa pelaburan jenama adalah pelaburan fasa akhir:

1. Produk Dan Servis Perlu Dilindungi Di Fasa Akhir

Pada peringkat awal, tidak ramai yang akan beri perhatian kepada jenama. Pesaing atau pengguna hanya fokus kepada “experience based” sahaja atau pengalaman pembelian, menggunakan dan kesan sahaja.

Sebagai contoh jual nasi ayam. Pelanggan tidak kira apa jenama nasi ayam yang digunakan seperti Nasi Ayam Abu atau Nasi Ayam Berapi. Pelanggan cuma mahu rasa nasi ayam itu sedap, mudah dibeli dan perkhidmatan pelanggannya memuaskan.

Ini bermaksud pada fasa awal, pengalaman itulah “brand” atau jenama. Apa sahaja jenama yang diberikan pada masa akan datang, orang mahukan pengalaman itu. Pada masa itulah jenama itu penting.

1. Keperluan Melindungi Jenama Hanya Apabila Produk Atau Servis Sudah Buat Duit

Semasa produk atau servis masih baru, tidak ada keperluan melindungi jenama. Walaupun jenama yang digunakan itu mungkin akan ditiru atau digunakan oleh pihak lain, perkara itu adalah diluar kawalan. Semasa fasa awal bisnes juga, orang bisnes baru sahaja mahu cuba-cuba buat duit.

Apabila produk atau servis itu sudah buat duit, barulah buat jenama untuk tujuan melindungi kepentingan. Pesaing juga sudah mula mengintai ruang untuk ambil bahagian kek dalam bisnes itu. Tetapi semasa fasa awal, tidak ada orang yang akan peduli.

1. Kos Untuk Menjaga Jenama Memerlukan Pelaburan Yang Besar

Untuk menjaga jenama sangatlah besar kerana memerlukan kepakaran dari pelbagai bidang seperti “industrial design”, harta intelek dan pemasaran. Kos ini jika digunakan pada fasa awal bisnes adalah tidak sesuai kerana duit-duit awal mestilah digunakan untuk menghasilkan pendapatan.

Duit yang digunakan untuk pembuatan dan menjaga jenama itu bukan untuk menghasilkan pendapatan sebaliknya lebih kepada usaha melindungi. Apa yang hendak dilindungi jika produk baru terjual 10 unit? Sebab itu lebih baik duit digunakan untuk menghasilkan pendapatan.

Hubungi saya