Jenama & Marketing · Januari 2024 ← Arkib

3 Sebab Orang Baru Mula Bisnes Tidak Buat Jenama

Tiga sebab orang baru bisnes tidak perlu tergesa-gesa membina jenama pada peringkat awal.

Orang yang baru mula buat bisnes jangan buat jenama sendiri dahulu. Kos untuk membuat jenama sangat mahal. Buat jenama bukan sahaja perlukan kos dari segi kewangan, ianya juga memerlukan masa. Ini adalah 3 sebab mengapa orang baru mula bisnes tidak perlu buat jenama:

1. Orang Baru Mula Buat Bisnes Mesti Fokus Kepada Buat Duit Dahulu

Pada fasa awal buat bisnes fokus mestilah tertumpu kepada proses buat duitnya sahaja. Jangan fikirkan soal orang tiru produk atau servis, fokus sahaja kepada buat duitnya. Apabila masa, wang dan tenaga digunakan untuk fokus kepada proses buat duitnya barulah ianya membuahkan hasil.

1. Orang Baru Bisnes Ada Modal Yang Terhad

Semasa awal memulakan bisnes orang bisnes mempunyai sumber yang terhad untuk memulakan bisnes. Dengan wang yang sedikit itu, jika digunakan untuk tujuan “brand building” akan menjadi pembaziran. Duit yang ada itu sepatutnya digunakan untuk tujuan jualan dan marketing sahaja bukan digunakan untuk daftar jenama.

1. Produk Atau Servis Yang Dibuat Berubah Dari Masa Ke Masa

Apa sahaja bisnes yang dibuat sekarang tidak kira sama ada produk atau servis, boleh berubah dari masa ke masa. Jenama juga seperti itu. Contohnya jenama yang digunakan itu ialah Ayam Penyet Janda Berhias. Sekarang status penjual itu seorang janda, boleh jadi lagi dua tahun statusnya berubah. Jadi jenama itu sudah tidak sesuai. Bayangkan jika duitnya sudah banyak habis untuk mendaftarkan jenama, tiba-tiba statusnya sudah berubah lalu jenama itu sudah tidak sesuai lagi. Rugi sahaja duit itu.

Hubungi saya