Modal & Tunai · Januari 2024 ← Arkib

3 Sebab Mesti Tetapkan Modal Ketika Mula Bisnes

Menetapkan jumlah modal dari awal memaksa tuan puan merancang, bukan sekadar mencuba.

Semasa hendak memulakan bisnes, mesti tetapkan dahulu modalnya. Modalnya itu yang disesuaikan dengan bisnesnya. Ini adalah 3 sebab kenapa mesti tetapkan modal ketika mahu mulakan bisnes:

1. Memudahkan Proses Buat Keputusan

Apabila modal sudah ditetapkan, proses membuat keputusan lebih mudah. Sebagai contoh jika ada dua mesin yang mahu dibeli, proses memilih mesin yang mana mahu dibeli jadi lebih mudah. Jika mesin A terlalu mahal, pilih mesin B yang mampu dibeli. Jika modal tidak ditetapkan, nanti mesin A akan dibeli walaupun sebenarnya mesin B juga sudah cukup untuk memulakan bisnes itu.

1. Modal Yang Ditetapkan Adalah Nilai Sanggup Rugi

Modal yang ditetapkan semasa mula bisnes ini adalah nilai yang orang bisnes itu sanggup rugi sekiranya bisnes tidak berjalan lancar. Jika bisnes tidak menjadi seperti yang dirancang, tidak ada masalah. Itu perkara biasa jika bisnes rugi. Jika modal yang ditetapkan itu rendah, bermaksud orang bisnes itu hanya sanggup rugi sebanyak itu dan jika modalnya tinggi bermaksud orang bisnes itu sanggup rugi banyak jika bisnes tidak menjadi. Dengan kata lain, masuk sahaja bisnes memang duit itu sudah lesap.

1. Menetapkan Nilai Ekuiti Untuk Bisnes

Apabila modal sudah ditetapkan, ianya akan dikira sebagai ekuiti. Duit yang sudah dimasukkan ke dalam bisnes, itu bukan lagi duit milik orang bisnes itu. Pentingnya untuk menetapkan modal ketika mula bisnes kerana dari situ boleh dilihat sama ada ekuiti itu meningkat atau menurun. Jika bisnes untung, ekuiti akan meningkat bermakna duit modal meningkat.

Hubungi saya