3 Risiko Menetapkan Gaji Ikut Peratusan
Gaji ikut peratusan jualan nampak adil, tetapi tiga risiko ini timbul bila jualan turun.
Kaedah yang popular yang selalu digunakan oleh orang bisnes ialah dengan menetapkan gaji mengikut peratusan. Sebagai contoh, jika jualan bisnes itu ialah RM100000 maka mereka akan ambil 10% atau beberapa peratus sebagai gaji. Jika RM100000 jadi mereka ambil RM10000 sebagai gaji.
Dari sini, boleh dilihat bahawa nilai gaji akan meningkat sekiranya jualan meningkat. Nilai gaji juga menurun apabila jualan menurun. Ini adalah 3 risiko apabila gaji ditetapkan dengan cara seperti itu:
1. Gaji Yang Diberikan Berkemungkinan Untuk Tidak Mencukupi Apabila Jualan Menurun
Seperti yang sudah didemonstrasi di atas, gaji akan menurun apabila jualan menurun. Isunya ialah gaji yang diberikan semasa jualan menurun itu mungkin tidak cukup untuk membayar komitmen peribadi.
1. Pemilik Bisnes Sukar Merancang Perbelanjaan
Oleh kerana gaji yang diambil tidak tetap, sangat sukar untuk merancang perbelanjaan. Sekejap gaji terlalu banyak, sekejap gaji terlalu sedikit. Angka yang tidak tetap menyukarkan pemilik untuk buat rancangan perbelanjaan seperti berapa banyak yang boleh dibelanjakan untuk ansuran pinjaman, belanja rumah dan juga belanja keluarga.
1. Pemilik Susah Untuk Buat Pinjaman
Bank susah beri pinjaman kepada pemilik bisnes yang tidak ada gaji tetap. Menetapkan gaji merupakan perkara yang penting supaya bank tahu berapa banyak yang diambil oleh pemilik bisnes dari bisnes mereka. Mengambil gaji juga merupakan indikator penting bahawa pemilik memisahkan diri mereka dengan bisnes.
Hubungi saya →