3 Perkara Penting Untuk Sebelum Mengurus Cukai Untuk Bisnes Tadika dan Taska
Bisnes tadika dan taska ada susunan pendapatan dan kos tersendiri. Ini yang perlu disiapkan sebelum urus cukai.
Semua bisnes tidak terkecuali bisnes taska, tadika, pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak, dan pusat jagaan kanak-kanak istimewa mesti tahu bagaimana cara untuk mengurus cukai.
Sebeluim mengurus cukai ini 3 perkara penting yang wajib ada dalam simpanan:
1. Simpan Fail Rekod Daftar Berkaitan Bisnes
Dalam fail ini, simpan semua dokumen berkaitan pendaftaran bisnes itu termasuklah SSM, dokumen daftar dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dokumen daftar dengan jabatan kerajaan seperti jabatan kebajikan masyarakat dan salinan kad pengenalan yang berwarna. Di muka hadapan fail itu, buat jadual tentang tarikh luput lesen-lesen dan permit-permit berkaitan bisnes itu.
2. Buka Akaun Bank Untuk Bisnes
Akaun bank adalah perkara yang wajib diurus selepas pendaftaran selesai. Pastikan buka akaun bank semasa dan jangan gunakan akaun bank simpanan. Menggunakan akaun bank semasa memudahkan urusan bisnes seperti urusan jualan, belian dan juga cukai. Selesai sahaja pendaftaran terus buka akaun bank. Jangan bertangguh untuk selesaikan urusan bank. Sekarang mudah sahaja semua boleh dibuat secara dalam talian.
3. Pastikan Daftar KWSP dan SOCSO
Apabila menjalankan bisnes seperti ini, pastikan daftar KWSP dan SOCSO. Janganlah cuba-cuba nak bincang dengan guru-guru untuk tidak carum. Kalau berlaku kemalangan di tempat kerja, itu akan menyusahkan bisnes itu sendiri. Kemalangan di tempat kerja tidak boleh dijangka. Bukan itu sahaja, SOCSO juga melindungi pekerja dari keluar rumah ke tempat kerja hingga kembali ke tempat kerja.
Hubungi saya →