Gaji & Staf · Januari 2024 ← Arkib

3 Keuntungan Pemilik Bisnes Tetapkan Gaji

Bila pemilik tetapkan gaji sendiri, kos bisnes jadi jelas, keputusan jadi mudah, dan untung sebenar akhirnya kelihatan.

Jika pemilik bisnes menetapkan gaji, itu sangat bagus untuk bisnes. Pemilik bisnes rasa terbeban dengan kos gaji pekerja kemudian ditambah lagi dengan kos gaji sendiri. Tetapi itulah yang sepatutnya berlaku. Pemilik bisnes tidak boleh mengasingkan gajinya daripada persamaan matematik kos. Gaji itu mesti masuk sebagai kos.

Ini adalah tiga keuntungan apabila pemilik bisnes tetapkan gaji mereka:

1. Pemilik bisnes mudah untuk menguruskan kewangan peribadi

Apabila gaji ditetapkan, ianya memudahkan untuk mengurus kewangan peribadi pemilik bisnes. Pemilik bisnes yang tidak tetapkan gaji mereka sukar untuk uruskan kewangan peribadi mereka. Oleh kerana jumlahnya tidak tetap, otak mereka ligat untuk mahu habiskan duit itu.

2. Bank mudah beri pinjaman apabila gaji ditetapkan secara tetap

Apabila bisnes itu sudah mengasingkan bahagian gaji sebagai pendapatan atau komitmen bulanan pemilik bisnes, bank tidak akan mengambil kira keuntungan sebagai ambilan dan bayaran komitmen peribadi. Sebagai contoh, jika pemilik bisnes itu sudah tetapkan bayaran gajinya ialah RM10,000 setiap bulan, jadi itulah duit yang dia akan ambil untuk membayar komitmennya. Bank suka kerana duit bisnesnya diasingkan dari komitmen peribadinya.

3. Pemilik bisnes boleh merancang tabung pencen untuk exit plan

Tabung pencen adalah perkara yang paling kurang difikirkan oleh pemilik bisnes. Tetapi tabung pencen ini merupakan satu exit plan yang mesti dimulakan dari awal orang bisnes mulakan bisnes. Jika tidak dirancang, inilah yang berlaku kepada orang bisnes iaitu mengemis di hujung usia.

Hubungi saya