3 Kesan Akibat Ghairah Buat Produk
Terlalu ghairah membuat produk baharu membawa tiga kesan yang selalu terlepas pandang.
Membuat produk adalah satu kepandaian yang tidak semua orang ada. Membuat produk memerlukan kemahiran dan kepakaran untuk membuat sesuatu produk. Contohnya, kemahiran buat kek, kemahiran buat sambal dan kemahiran buat bermacam-macam lagi produk.
Oleh kerana kepandaian buat produk, jadi fokusnya kepada penghasilan produk yang bagus, produk yang sedap dan produk yang cantik. Ini 3 risiko apabila ghairah buat produk:
1. Rasa Cinta Kepada Produk Menyebabkan Bisnes Lingkup
Apabila terlalu ghairah buat produk menyebabkan orang bisnes terlalu suka dan sayang kepada produk itu. Walaupun produk itu tidak buat duit tetapi masih juga menjadi sandaran kerana rasa cinta kepada produk itu terlalu tebal.
1. Sanggup Rugi Demi Meneruskan Pengeluaran Produk Kerana Rasa Sentimental
Ada produk yang ada nilai sentimental kepada pemilik bisnes itu. Contohnya produk itu adalah produk keluarga. Dahulu, produk itu memang laku emaknya yang asaskan. Sekarang produk itu sudah tidak dapat sambutan. Oleh kerana rasa sentimental itu, sanggup untuk rugi demi teruskan pengeluaran produk.
1. Tidak Mampu Membuat Keputusan Yang Rasional Tentang Peluang Lain
Apabila terlalu ghairah membuat satu produk hingga tidak nampak untuk buat produk lain yang boleh buat duit. Terlalu ghairah untuk naikkan produk yang satu itu hingga tidak lagi boleh membuat keputusan yang betul.
Hubungi saya →