Modal & Tunai · Januari 2024 ← Arkib

3 Jenis Modal Permulaan Dalam Bisnes

Tiga jenis modal permulaan ini berbeza sumber dan risikonya. Kenali sebelum tuan puan kumpul.

Untuk memulakan bisnes, mesti ada modal. Modal itu mesti ditetapkan dari awal. Berikut adalah 3 jenis modal permulaan dalam bisnes:

1. Modal Wang Tunai

Modal wang tunai ialah modal yang selalu digunakan oleh orang bisnes. Modal wang tunai ini ialah duit tunai yang akan digunakan untuk membeli bahan mentah, aset seperti mesin, alat kerja seperti komputer dan juga belanja seperti belanja iklan.

Modal wang tunai ini boleh jadi datang dari duit simpanan. Apabila duit itu sudah masuk dalam modal bisnes, itu sudah jadi duit bisnes bukan lagi duit peribadi pemilik bisnes itu.

1. Modal Barang atau Aset

Ada juga modal jenis barang atau aset. Jika bisnes itu boleh gunakan barang atau aset tersebut untuk memulakan bisnes itu boleh dikira sebagai modal. Sebagai contoh hendak memulakan bisnes servis rekaan grafik. Jika sudah ada komputer, komputer itu boleh dimasukkan sebagai modal juga.

Senarai barang itu mesti disertakan dengan nama, jenis dan harga barang tersebut. Barang-barang yang dijadikan modal untuk bisnes itu sudah dikira sebagai milik bisnes itu.

1. Modal Pinjaman

Sekiranya tidak ada duit sendiri, boleh jadi juga modal itu adalam modal pinjaman. Modal pinjaman ini ada tiga jenis iaitu modal duit, modal barang atau modal aset. Contoh modal tunai ialah modal duit tunai yang dipinjam dari orang perseorangan atau bank. Pemilik bisnes pinjam duit dari saudara atau bank kemudian gunakan duit itu sebagai modal.

Sama juga seperti jika pemilik beli barang secara pinjaman dari orang lain. Contohnya dia beli komputer dari orang perseorangan secara pinjaman. Barang itu akan jadi milik bisnes itu. Walaupun barang dan duit itu milik bisnes, tetapi pinjaman itu bukan milik bisnes itu. Pinjaman itu adalah pinjaman pemilik bisnes itu.

Hubungi saya