3 Fokus Utama Orang Baru Bisnes
Orang baru bisnes selalu buat sepuluh perkara serentak. Tiga ini yang betul-betul penting dahulu.
Sewaktu mula buat bisnes, orang bisnes mesti fokus tentang 3 perkara ini. Jangan fikirkan tentang nak buat pinjaman dahulu, jangan fikirkan tentang mahu beli rumah atau kereta dahulu dan jangan fikirkan tentang mahu tambah cawangan dahulu. Fikirkan tentang 3 perkara ini iaitu:
1. Orang Bisnes Mesti Fikir Bagaimana Mahu Menambah Bisnes
Orang yang baru bisnes mesti fikir menambah aset yang bagus. Apa itu aset bagus? aset bagus ialah aset yang menaikkan jumlah pengeluaran, memendekkan masa pengeluaran, mengurangkan tenaga kerja atau menjimatkan kos bahan. Aset ini seperti mesin dan alatan. Contohnya orang bisnes kerepek. Jika sekarang hanya mampu buat sebanyak 100 bungkus sehari, dengan mesin yang canggih mampu naikkan jadi 300 bungkus sehari.
2. Beri Tumpuan Kepada Pembangunan Skil Dan Kepandaian Pekerja
Semasa mula buat bisnes, bisnes tidak mampu ambil staff yang memang sudah sedia pandai. Jadi bisnes itu perlu masa untuk melatih pekerja itu jadi pandai. Supaya pemilik bisnes boleh segera lepaskan kerja-kerja operasi, pekerja itu mesti pandai. Ajar mereka cara nak guna mesin, ajar mereka cara buat kerja dengan betul, ajar mereka buat kerja menggunakan SOP. Semakin cepat pekerja itu pandai, semakin cepat bisnes boleh berkembang.
3. Tumpukan Kepada Pemasaran Dan Ilmu Serta Kaedah Pemasaran Yang Terkini
Zaman sekarang adalah zaman konten. Tiada konten maka tiada masa depan. Brand besar sekarang sudah melabur banyak kepada konten yang bermutu. Untuk dapatkan konten yang bermutu perlukan kuantiti konten yang banyak. Bisnes baru, buat konten yang percuma, yang memandaikan bakal pelanggan, yang mendidik pelanggan. Nanti mereka sudah kenal bisnes itu, sudah ada kepercayaan, urusan menjual jadi senang.
3 perkara inilah yang mesti masuk dalam perancangan kewangan bisnes. Inilah bahagian yang perlu diberikan tumpuan. Tidak payah buat personal branding dengan cara menari dan bergelek, fokus kepada menambah aset, memandaikan pekerja dan pemasaran terkini.
Hubungi saya →