Cukai · Januari 2024 ← Arkib

3 Akibat Salah Urus Pembatalan Invoice Yang Membawa Kepada Kerugian Besar

Pembatalan invoice yang tidak diurus dengan betul boleh menjadi kerugian besar dan masalah rekod cukai.

Pengurusan invoice yang salah boleh menyebabkan kerugian yang besar. Pengurusan invoice yang salah menyebabkan mereka mengalami kerugian yang sepatutnya mereka tidak perlu tanggung.

Setiap kali mereka buat jualan, mereka akan keluarkan invoice. Apabila jualan itu tidak berlaku, seperti pelanggan tidak buat bayaran mereka biarkan sahaja invoice itu tanpa membuat pembatalan invoice dengan cara yang betul.

Ini adalah 3 akibat daripada pengurusan membatalkan invoice yang tidak betul:

1. Jualan Tetap Dikira Walaupun Sebenarnya Invoice Sudah Dibatalkan

Semasa buat jualan dan invoice sudah dikeluarkan, sekiranya invoice itu tidak dibatalkan secara rasmi, invoice itu tetap dikira sebagai jualan tetap dikira walaupun sebenarnya sudah dibatalkan. Jika invoice itu dibatal, pastikan invoice itu disertakan dengan nota kredit.

2. Nilai Stok Yang Tidak Betul Dalam Sistem

Isu ini sering terjadi kepada bisnes yang mempunyai sistem. Apabila nilai jualan yang sepatutnya lebih rendah, stok mereka sebenarnya tidak keluar daripada inventori atau stor mereka. Akibatnya dalam sistem stok mereka itu kurang tapi secara fizikalnya stok itu sebenarnya masih ada. Kesannya jika tidak disemak, berlaku lambakan stok yang banyak lebih-lebih lagi apabila stok itu dibeli hanya berdasarkan data dalam sistem.

3. Membayar Cukai Untuk Jualan Yang Tidak Wujud dan Duit Yang Tidak Pernah Diterima

Apabila bisnes gagal untuk menguruskan invoice yang dibatalkan dengan betul, mereka perlu bayar cukai untuk jualan yang tidak wujud dan juga duit yang tidak pernah diterima. Bagi bisnes yang mendaftar cukai jualan, sakitnya itu dua kali. Jualan yang tidak wujud itu perlu dibayar cukai jualannya kepada Kastam Diraja Malaysia. Itulah kesan paling buruk boleh berlaku. Duit keluar untuk sesuatu yang tidak wujud.

Hubungi saya